Tuesday, May 31, 2022

Tamat

 



30 Mei 2022, Isnin
9:04pm

Tamat.

Monday, May 30, 2022

Young and Dumb

 


The younger me will say—

“Alang-alang jadi betina sundal, apa yang aku buat belum tentu setimpal dengan apa yang kau bayar” 

Tapi entah. 

Sedih betul bila kenang orang yang pernah sayang kita. Atau paling tidak pun yang kita pernah sayang ungkit harta kan? 


Entah. 

Saturday, May 21, 2022

Sundal

 “Walaupun semua yang jadi mungkin penipuan, tapi mencintai sayang satu-satunya kebenaran”

Renungnya dalam.

—pagi itu.



I don’t blame you to call me betina sundal. 

I do feel so, sometimes.
Betina sundal yang menyedihkan.


Tuesday, May 17, 2022

The End

Hari ini aku nekad. Apa nak jadi, jadilah. Bajunya 3 helai aku lipat. Ah, seluar pendek ini aku simpan. Buatnya bini dia yang sambut nanti, ingat laki dia pula tidur kat rumah aku kalau nampak seluar pendek sama. Paling busuk nama aku nanti, orang panggil perempuan jalang. 

—— satu bala, malas aku cari. 

“Wey, aku nak hantar barang kejap dekat Puncak Alam.Kira lepas aku hantar barang ni kita shoot Ampang terus lah eh?

Dua kawan aku setuju. 

Pecut terus.


Sial. Eh, ni bukan rumah dia. Salah lorong. 

“Kejap eh korang, aku salah lorong”

“Kau nervous ke apa ni?” Sampuk Anis dari belakang. 

Shit. 


Aku tekan loceng. Pintu berkuak perlahan. Seorang lelaki tua di depan pintu. Aku cam wajah ni, bapa mertua dia. 

“Tuan S____ ada?”

“Ada.”

Mukanya terkejut tapi masih tersenyum lebar. 


Ingat aku buat birthday surprise ke?

“Nah, nak hantar barang” 

—Dia sambut. 

“Terima Kasih” 

Jelas ditelinga tapi entah kemana fikiran ku. Marah, tapi lebih sedih mengenang diri. 

Aku pusing tak toleh belakang lagi.



16th May 2022. 

Rumah No 5, 

Puncak Alam, Selangor. 



Marriage is gamble, but not a joke








Sunday, May 15, 2022

Ulang.



 Circa 2017


Gambar bilik lama,rumah lama. 
Yang aku edit semula hari ini
—sebab perasaannya serupa. 
sunyi





dan hampa.





Saturday, May 14, 2022

2nd chance?

You had taught me a lot. Tentang cinta bodoh yang diagungkan. Tentang “masih ada lelaki yang baik”. Tentang diri sendiri yang cantik walaupun dulu belum tentu kau pandang. 


Recently, tentang peluang kedua. 


Atau mungkin lebih dari dua?