Monday, October 21, 2013

Kepada: Mak Cik



Mak cik,

saya tahu mak cik punya harta.
keturunan pula baik-baik belaka.
Saya, makcik lihat macam keturunan durja-durja.
orang-orang miskin yang makcik rasa merempat kaki lima.


Makcik,

kalaupun mak cik nak menasihat anak-anak.
boleh tak makcik jangan nak bandingkan saya macam saya ni tak berotak?
saya tahu saya kasar orangnya, tapi tak pernah lagi saya gelar orang pukimak.
paling kuat pun saya cuma cakap babi, sebab fire alarm tu rosak.

Makcik,

cukup-cukupla mebandingkan anak-anak mak cik yang bagus tu sama saya.
cukup-cukuplah mengata layaknya saya dengan siapa.
cukup-cukuplah memparas-labelkan didikan orang tua saya.
cukup-cukuplah menakutkan anak-anak makcik jangan jadi macam saya yang celaka.

Makcik,

senyum-senyum saya kerna hormatnya masih ada lagi.
diam-diam saya kerna tak mahu disalah erti.
Orang kata yang muda disayangi, yang tua dihormati.
Ini kalau dah yang tua mintak kaki, yang muda biar kena buli?

macam tu ke mak cik?

No comments: